Monday, 21 November 2016

KURSUS SAHAM SECARA PERSONAL COACHING ONE TO ONE MENTORING

Peserta di beri tempuh selama 1 tahun berada di Akademi saham dan perlu mempunyai akaun Facebook. 
  • Sijil penyertaan akan diberikan selepas tamat semua kursus yang disediakan.
Silibus pembelajaran:
  1. Asas saham
  2. Cara memohon saham IPO melalui terbitan permulaan
  3. Cara memohon saham IPO melalui MITI
  4. Advance trading ~ contra, intraday dll untuk short term, medium dan long term
  5. Analisis teknikal
  6. Analisis fundamental (3 jam)
  7. 2-3 kali revision class (3 jam)
  8. 1 tahun percuma di Akademi Cikgu Saham (Facebook)
  9. 5 bulan percuma di Tips CS (Facebook)
  10. Teknik untuk scan counter kurang dari 2 saat
  11. Cara mudah menggunakan Bursa Station
Tarikh pembelajaran mengikut kesesuaian peserta. Kursus pada hari Sabtu atau Ahad sahaja yang bertempat di Kuala Lumpur.

Kepada yang berminat boleh email cikgusahamazue@gmail.com 

Monday, 11 April 2016

SIAPA KATA MELABUR SAHAM ITU MERUGIKAN?


Melabur saham sama sahaja seperti melabur didalam lain-lain bentuk pelaburan seperti hartanah mahupun emas tetapi perlulah memperlengkapkan diri dahulu dengan ilmu-ilmu pelaburan saham sebelum membeli saham buat pertama kalinya. Walau apapun keadaan, anda tidak perlu ragu-ragu untuk memasuki pasaran saham jika anda tahu teknik serta menggunakan analisa teknikal dan fundamental. Tidak perlu tercari-cari tips saham dan tidak perlu mendengar cakap-cakap orang. Anda sendirilah yang menentukan keputusan jual dan beli persis seorang pengurus dana. 


Jom pelajari ilmu-ilmu pelaburan untuk memperlengkapkan diri menjadi pelabur generasi baru yang bijak, profesional, cemerlang dan disegani. Anda akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang profesional lagi berpengalaman didalam selok-belok pasaran saham.


Dunia semakin mencabar dan segala yang ada memerlukan wang. Maka dimanakah untuk mendapatkan wang tambahan? Jawapannya ialah pada pelaburan saham Bursa Malaysia. Hanya bayar sekali tetapi ganjaran dan hasilnya akan diperolehi selama-lamanya. Fikir-fikirkanlah......


Sunday, 23 March 2014

KESALAHAN2 YG DIBUAT SEMASA URUSNIAGA SAHAM

  1. Membeli saham terlalu banyak. Ini akan membuatkan seseorang pelabur tidak dapat menumpukan perhatian kepada saham2 tersebut. Keadaan akan menjadi teruk apabila tiba2 pasaran serantau merudum dimana pelabur menjadi panik dan tidak dapat meneliti harga saham2 yang telah dibeli.
  2. Memasuki pasaran setiap hari, tidak kira waktu. Ini ialah kerana, pasaran saham mempunyai masa2 tertentu yang sesuai untuk melabur.
  3. Sentiasa melihat pergerakan harga sepanjang masa. Ini ialah kerana, kadang2 pelabur menjadi takut sekiranya tiba2 saham yang dibeli itu jatuh lalu pelabur mengambil keputusan untuk menjual dalam keadaan rugi tetapi selepas beberapa ketika, harga akan pulih atau naik. Keadaan ini bolehlah diistilahkan sebagai PANIK.
  4. Membeli sesuatu saham berulang-ulangkali. Ini terjadi apabila pelabur telah mendapat keuntungan pada urusniaga pertama dan kedua kali maka pelabur tersebut akan membeli saham yang sama berulangkali.
  5. Melakukan 'averaging down' beberapa kali semasa saham tersebut mengalami fasa penurunan.
  6. Suka mengamalkan cara membeli saham secara 'chasing the price' iaitu mengejar harga saham itu apabila ingin membeli dengan anggapan bahawa saham tersebut akan naik walaupun membeli dengan harga yang tinggi. 
  7. Tidak tahu untuk berhenti seketika dari membuat pelaburan dan menikmati keuntungan pelaburan yang telah dibuat kerana pelabur telah membuat perkiraan sendiri alangkah baiknya sekiranya membuat keuntungan pelaburan setiap hari.
  8. Membuat pelaburan saham dengan wang yang bukan berlebihan atau menggunakan wang dari pinjaman bank. Cara ini sebenarnya boleh dilakukan tetapi pelabur tersebut perlu mempunyai disiplin yang tinggi, mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan mengambil keputusan yang cepat semasa jual beli saham.
  9. Pelabur membuat pelaburan yang dia sendiri tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap saham tersebut. Contohnya, membeli 'call warrant' atau 'warrant' yang hampir tarikh luput/matang. 

Tuesday, 3 December 2013

CTH PROSPEKTUS SAHAM TERBITAN AWAL BURSA MALAYSIA (IPO)

Kaedah permohonan saham IPO :

  • Permohonan secara manual iaitu dengan mengisi borang.
  • Permohonan secara on line.
  • Permohonan melalui peruntukan saham khas Bumiputera diMITI.
    **Anda akan dibantu memohon melanggan saham khas Bumiputera diMITI dan begitu juga pinjaman yang diperlukan untuk membiayai langganan saham IPO  tersebut. (tertakluk kepada terma2 dan syarat syarikat kewangan atau bank pelaburan).

PLATFORM ON LINE TRADING

CTH KAUNTER 'LIMIT UP'

HARVEST
HIBISCS

SCOREBOARD

KAUNTER2 UNTUNG


KAUNTER2 RUGI


CTH2 CALL WARRANTS

PCHEM call warrants
AIRASIA call warrants

CTH KAUNTER 'LIMIT DOWN'